Tips Untuk Mengemas Rumah


Terlalu banyak benda yang perlu dikemas dalam rumah anda. Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada membiarkan rumah anda dalam keadaan bersepah atau berfikir dengan bijak bagaimana untuk mengemas dalam masa yang singkat. Dalam post kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengemas rumah dengan efektif.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan segala peralatan dan bahan pencuci anda pada satu tempat. Anda boleh meletakkan barang-barang ini di dalam sebuah bakul contohnya. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan masa mengemas rumah kerana segala barang yang diperlukan untuk mencuci berada di satu tempat. Bayangkan sekiranya anda mahu mencuci tingkap, kemudian anda tak dapat menemui kain kotor untuk mengelap tingkap, sudah tentu ini akan membuatkan anda berasa malas untuk mengemas bukan?

Kemudian, letakkan sebuah bakul pakaian untuk setiap bilik anda. Pastikan penghuni rumah anda meletakkan pakaian kotor mereka dalam bakul tersebut. Ini dapat mengelakkan pakaian kotor mereka bertaburan di atas lantai dan katil.

Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai anak kecil, didik mereka untuk mengemas rumah. Contoh yang paling mudah ialah untuk mendidik mereka mengemas bilik mereka sendiri. Ajar mereka bagaimana untuk melipat kain selimut, menegangkan kain cadar, menyapu lantai dan sebagainya. Tapi didik mereka dengan berhikmah dan jangan sampai anak-anak kita terasa seperti mereka hamba sahaya di dalam rumah.

Kaedah yang seterusnya ialah memperuntukkan masa mengemas selama 30 minit setiap hari. Cara ini amat digemari oleh mereka yang sibuk bekerja kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa hujung minggu mereka mengemas rumah. Contohnya, hari Isnin anda memperuntukkan masa 15minit untuk mengemas ruang tamu dan 15 minit lagi untuk membersihkan tandas. Manakala pada hari Selasa pula anda gunakan 15 minit untuk mengemas dapur. Cubalah dan lihat perbezaannya.=)


 

0 comments: