Penjagaan Kain Buruk

Semua orang memerlukan kain buruk di rumah. Takkan nak guna tisu semata2. Kos tisu agak tinggi untuk jangkamasa yang panjang.
Kain buruk digunakan untuk berbagai acara. Untuk mengelap meja makan, makanan tumpah di lantai, mengelap dapur, mengelap kereta dan lain2 lagi. Seelok2nya setiap agenda tersebut menggunakan kain buruk yang berasingan. Contohnya, kain buruk pengelap meja jangan digunakan untuk mengelap lantai. Ini adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Kain buruk yang digunakan untuk mengelap lantai dan dipakai pula untuk mengelap meja akan membawa pelbagai jenis kuman dan bakteria dari lantai. Sedangkan meja makan kita sepatutnya bersih dari kuman kerana itu tempat kita menyuap makanan.
Kalau kita perasan, kain buruk yang digunakan terlampau lama digunakan akan mula berlendir. Seelok2nya, kita mencuci kain buruk kita dengan pembersih anti bakteria seminggu sekali. Jangan ditunggu sehingga lendir dan berdaki tebal. Jika kain buruk tidak dicuci, dibimbangi ia akan melalukan bakteria ke mana2. Jadi, amalkan mencuci kain buruk sebagai rutin.
Mengikut cara ibu saya sendiri, rebus kain tersebut untuk satu tempoh yang agak lama untuk membuang lendir. Kemudian baru dibasuh menggunakan sabun atau pembersih anti bakteria. Kemudian jemur sehingga kering sebelum digunakan semula.
Tapi, kalau dah teruk sangat berdaki dan bertahi lalat, elok puan2 buangkan sahaja!
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)