Membersihkan Jendela kaca


Trend sekarang, rumah-rumah yang dibina banyak menggunakan tingkap sliding atau pintu sliding yang mempunyai bidang kaca yang luas. Jika dibiarkan beberapa lama, tingkap atau pintu tersebut akan mempunyai banyak comot berupa cap jari atau calitan kotoran dan sebagainya.

Sebenarnya kalau dibiarkan pun tidak mengapa, ia masih boleh berfungsi seperti biasa. Tetapi setelah kita bekerja di bangunan kaca yang bersih berkilat, terasa jauh perbandingannya rumah kita. Teringin juga sekali sekala, apabila mood datang, untuk membersihkan kaca tingkap atau pintu agar nampak berseri semula.

Golongan professional selalunya menggunakan peralatan seperti wiper, cecair pembersih dan membilas pula dengan air bersih. Walaubagaimanapun, membersihkan tingkap dan pintu kaca secara kecil2an boleh dilakukan dengan beberapa cara tanpa peralatan kompleks:

1. Gunakan glass cleaner dan kemudian lap hingga kering menggunakan surat khabar yang sudah digumpal. Ini cara yang cepat dan efisyen. Disarankan oleh pembersih2 bangunan.

2. Boleh juga menggunakan kain lap kering yang bersih dan lap kesan2 tadi sehingga tanggal. Pasti berkilat semula. Ini berkesan jikalau hanya ada debu dan cap2 jari. Untuk kekotoran degil, kita perlu menggunakan cara pertama.

Cara ini juga boleh digunapakai jika mahu mengelap cermin muka di rumah kita. Selamat mencuba!

0 comments  

Penjagaan Kain Buruk



Semua orang memerlukan kain buruk di rumah. Takkan nak guna tisu semata2. Kos tisu agak tinggi untuk jangkamasa yang panjang.

Kain buruk digunakan untuk berbagai acara. Untuk mengelap meja makan, makanan tumpah di lantai, mengelap dapur, mengelap kereta dan lain2 lagi. Seelok2nya setiap agenda tersebut menggunakan kain buruk yang berasingan. Contohnya, kain buruk pengelap meja jangan digunakan untuk mengelap lantai. Ini adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Kain buruk yang digunakan untuk mengelap lantai dan dipakai pula untuk mengelap meja akan membawa pelbagai jenis kuman dan bakteria dari lantai. Sedangkan meja makan kita sepatutnya bersih dari kuman kerana itu tempat kita menyuap makanan.

Kalau kita perasan, kain buruk yang digunakan terlampau lama digunakan akan mula berlendir. Seelok2nya, kita mencuci kain buruk kita dengan pembersih anti bakteria seminggu sekali. Jangan ditunggu sehingga lendir dan berdaki tebal. Jika kain buruk tidak dicuci, dibimbangi ia akan melalukan bakteria ke mana2. Jadi, amalkan mencuci kain buruk sebagai rutin.

Mengikut cara ibu saya sendiri, rebus kain tersebut untuk satu tempoh yang agak lama untuk membuang lendir. Kemudian baru dibasuh menggunakan sabun atau pembersih anti bakteria. Kemudian jemur sehingga kering sebelum digunakan semula.

Tapi, kalau dah teruk sangat berdaki dan bertahi lalat, elok puan2 buangkan sahaja!

0 comments  

Warna Putih yang anggun


Photo via alvhemmakleri




Photo via Car Mobel




Ada orang beranggapan bahawa bilik yang berwarna putih adalah membosankan, tetapi jika kita pandai menyesuaikan dengan hiasan yang lain seperti perabot. langsir,lantai dan juga perhiasan tambahan kita akan mendapati bahawa bilik tadi akan bertukar menjadi bilik yang anggun dan menawan. Kita bolehlah menambah 2 atau 3 warna yang lain seperti warna merah.biru, hijau atau sebagainya. Kita akan berpuas hati apabila melihat perubahannya nanti. Ini bergantung kepada kreativiti kita dalam menyesuai padankan dengan perhiasan yang kita ada. Kita lihat beberapa contoh gambar di atas ini.

0 comments  

Warna Bilik

Warna bilik memainkan peranan yang sangat penting pada kehidupan kita. Warna boleh melambangkan keperibadian dan selera sesorang itu. Bagi saya pula, warna terang menunjukkan kekuatan, manakala warna lembut pula menunjukkan jiwa yang sensitif. Ini hanyalah sekadar teori saya sahaja.

Anda pasti setuju kalau warna dinding dapat mempengaruhi suasana hati. Seperti halnya warna baby blue yang konon dapat memberikan efek yang tenang dan tenteram.
Sebagian besar orang
percaya bahawa pemilihan warna pada dinding ternyata memiliki asosiasi dengan emosi tertentu. Selain mempengaruhi emosi dan suasana hati, warna ternyata juga dapat menciptakan kesan ruang.

Berikut ini beberapa warna yang dapat Anda terapkan sesuai tema yang Anda suka:

1. Kuning
Warna yang satu ini kerap diidentikan dengan warna matahari. Kesan yang didapat dari warna ini adalah gembira, penuh semangat dan menghangatkan suasana. Kesan itulah yang membuat warna kuning muda merupakan warna yang paling aman digunakan dalam suatu ruang.

2. Biru
Suasana dingin, tenang dan tenteram. Itulah kesan yang timbul dari warna biru. Pada ruang yang tenang, warna biru memberikan kesan yang segar, sementara di ruang gelap akan menimbulka
n kesan dingin dan kaku.

3. Hijau
Siapa pun pasti setuju bila warna hijau memberikan kesan yang dalam, kaya dan tradisional. Di dalam ruang yang didominasi warna ini, akan menciptakan kesan redup dan damai.


4. Merah Muda
Hanya kata ro
mantis dan hangat yang dapat menggambarkan warna ini secara tepat. Bila Anda menginginkan ruang yang “segar”, warna ini dapat dijadikan alternatif pilihan.

5. Ungu
Seperti halnya warna b
iru, ungu juga memberikan kesan dingin, tenang dan menentramkan. Hanya saja warna ungu memiliki kesan lebih elegan, mewah dan dalam.

6. Merah

Dalam warna asas, merah merupakan warna utama. Warna ini tidak saja dapat membangkitkan gairah namun juga panas. Oleh karena itu warna ini identii dengan segala hal yang berbau modern.

7. Oren
Sama halnya denga
n merah, orange merupakan warna hangat yang menggairahkan dan modern, namun warna ini terkesan lebih dramatis dan lebih dingin jika dibandingkan dengan warna merah.

Dengan mempelajari kesan-kesan yang dapat ditimbulkan warna pada dinding ruang, Anda tentu sudah dapat membayangkan warna apa yang akan dipilih pada ruang-ruang di rumah Anda.

0 comments  

Tips Untuk Mengemas Rumah


Terlalu banyak benda yang perlu dikemas dalam rumah anda. Anda mempunyai beberapa pilihan sama ada membiarkan rumah anda dalam keadaan bersepah atau berfikir dengan bijak bagaimana untuk mengemas dalam masa yang singkat. Dalam post kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengemas rumah dengan efektif.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan meletakkan segala peralatan dan bahan pencuci anda pada satu tempat. Anda boleh meletakkan barang-barang ini di dalam sebuah bakul contohnya. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan masa mengemas rumah kerana segala barang yang diperlukan untuk mencuci berada di satu tempat. Bayangkan sekiranya anda mahu mencuci tingkap, kemudian anda tak dapat menemui kain kotor untuk mengelap tingkap, sudah tentu ini akan membuatkan anda berasa malas untuk mengemas bukan?

Kemudian, letakkan sebuah bakul pakaian untuk setiap bilik anda. Pastikan penghuni rumah anda meletakkan pakaian kotor mereka dalam bakul tersebut. Ini dapat mengelakkan pakaian kotor mereka bertaburan di atas lantai dan katil.

Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai anak kecil, didik mereka untuk mengemas rumah. Contoh yang paling mudah ialah untuk mendidik mereka mengemas bilik mereka sendiri. Ajar mereka bagaimana untuk melipat kain selimut, menegangkan kain cadar, menyapu lantai dan sebagainya. Tapi didik mereka dengan berhikmah dan jangan sampai anak-anak kita terasa seperti mereka hamba sahaya di dalam rumah.

Kaedah yang seterusnya ialah memperuntukkan masa mengemas selama 30 minit setiap hari. Cara ini amat digemari oleh mereka yang sibuk bekerja kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa hujung minggu mereka mengemas rumah. Contohnya, hari Isnin anda memperuntukkan masa 15minit untuk mengemas ruang tamu dan 15 minit lagi untuk membersihkan tandas. Manakala pada hari Selasa pula anda gunakan 15 minit untuk mengemas dapur. Cubalah dan lihat perbezaannya.=)


0 comments  

Panduan Menyusun Perabot


Anda pasti pernah melawat rumah-rumah contoh pemaju perumahan yang direka dengan kesan khas lampu dan perabot. Sekali pandang terus terpikat untuk membeli rumah tersebut. Jadi kenapa tidak anda cuba untuk membina dan menghiasi bilik idaman? lebih-lebih lagi tempat yang terbaik untuk kita mulakan adalah bilik sendiri.

Dengan imaginasi dan teknik susunan yang betul pasti anda juga mampu bersaing dengan pereka dalaman yang profesional.

Sebelum memulakan atur susunan pastikan dahulu dimana pandangan utama di dalam bilik tidur. Adakah perhiasan dinding atau almari anda? selepas itu pastikan sudut yang terbaik untuk katil diikuti pula perabot-perabot lain.

Letakkan lampu dikedua-dua belah sisi katil untuk mengimbangi ruang dan pandangan. tidak lupa tempat aksesori tambahan seperti gelas minuman, buku ataupun jam loceng.

Cuba letakkan satu kerusi malas berbentuk S di depan ruang kaki katil anda untuk mencipta ruang tambahan atau tempat duduk.

Sentiasa pastikan bilik anda harus mempunyai cermin bagi menampakkan satu titik kemewahan dengan meletakkan cermin bersaiz penuh di tempat menghias diri.

Untuk menampakkan kelainan di bilik anda, dapatkan perabot yang menyerlahkan kreativiti dan punyai reka bentuk unik dan jenis yang berbeza.

0 comments